Saturday, 15 September 2012

SyawaL

Syawal,

Hadirmu meninggalkan bulan puasa,
Kau hadir bersama pelita,
Diiringi bunyi mercun gelak gempita,
Kini kau hampir pergi begitu sahaja.

The Syawal Story, 
Syawal datang lagi, semua bergembira atau buat-buat gembira bergurau senda, kenangan pahit diitinggalkan di pintu rumah, berjumpa saudara bergurau bersama. Aku tahu perasaan syawal. Perasaan bila dengar takbir pagi-pagi. perasaan sayu di hati. Syawal hampir pergi dah tu kenapa bercerita. Buat kanak-kanak syawal masa yang sungguh gembira, boleh kumpul duit, makan pelbagai juadah, buat orang tua syawal juga membawa perasaan gembira kerna anak2 pulang ke desa. Buat aku, syawal sudah hilang serinya. mungkin kerana sudah tiada atuk nenda. tidak sama macam dulu.kehilangan terasa.

tahun depan? syawal juga mungkin tidak sama, mana tahu,mungkin dapat nenda baru..haha.. bulan september bulan ramai mengikat tali bahagia, bulan yang ku memenuhi jemputan pertunangan, perkahwinan. Aku letih bila orang tanya bila pula aku? berkenalannya sudah lama, tarikhnya tiada..jawapannya, doakan yang terbaik. Amin. Mungkin aku belum habis berbakti kepada orang tua. Kata seseorang, perkahwinan bukan hanya untuk seronok, perkahwinan sebuah tanggungjawab. Bila orang nasihatkan begitu mungkin dia rasa kita belum cukup bertanggungjawab lagi untuk pikul beban seorang isteri. mungkin. hanya sebuah pendapat. Allah tahu yang mana yang terbaek. baruu pos kedua dah cerita pasal benda ni? why? banyak lagi cerita yang boleh dicerita seperti nama-nama menteri, bunga kebangsaan malaysia, rukunegara..bukankah?


.The Syawal Sweetness.







No comments:

Post a Comment