Friday 30 November 2012

apa itu kebahagiaan?

one day, one normal day..
you said you feel 'bahagia'..
so I asked you why.
why are you bahagia with me?
with a smile, you said you just don't know..
you said you're just happy..


apakah itu kebahagiaan?

mungkin kebahagiaan itu satu benda yang tak boleh ditakrifkan dengan kata-kata.
mungkin kebahagian itu untuk dirasa..
untuk dikongsi.

mungkin kebahagian itu harus dimulakan dalam diri.
kita takkan rasa bahagia kalau dalam hati penuh dendam.
kita takkan rasa bahagia kalau dalam hati penuh dengan iri hati..

the secret of happiness lies within ourself.
bila kita belajar untuk mengenal diri sendiri, suka pada diri sendiri.
yakin pada diri sendiri.
we will learn to forgive and forget
kita akan belajar untuk memaafkan 
untuk ikhlas berkasih sayang.
untuk elak pertengkaran.
untuk elak permusuhan serta ungkit-mengungkit.
memang sakit bila kalah
bila kita tak mampu melawan kerana hormat dan sayang.
tapi mungkin tuhan nampak perbuatan kita.

dan tentunya

Dia yang Esa akan bagi pembalasan yang manis.


terima kasih kerana membaca.

let's find our happiness.




Monday 26 November 2012

life plan

Salam pembaca,


i'm having a cofee break.
sebab baru dapat internet laju.
duduk di kampung bermacam keadaan berlaku sebagai contoh

rumah dinaiki air!!
warh!



amat puas untuk mengemas kesemuanya.
walaupun tak teruk baru masuk satu anak tangga tapi jenuh juga mahu mengemasnya.

tips buat orang yang mengalami banjir:
letak barang2 berharga anda di bahagian atas, jangan letak di almari bawah.
air akan naik lepas hujan berjam2 itu berhenti.

pada sabtu lepas juga kenduri kahwin farah
my best fren masa di sekolah.
tahniah syg!
semoga berkekalan hingga akhir nyawa.
tak sabar nak jadi aunty ni..hehe


serius teknik blur agak melampau di situ..
maybe aku nervous kot..
teringat nervous waktu tunang bulan lepas



simple kan?
haha.
tapi nervous giler beb!
sejuk tangan aku!

bebalik kepada tajuk,
 aku tengok semua rakan-rakan sudah ada plan mereka sendiri, ada yang dah kawin, ada yang sambung belajar lagi, ada yang bekerja mencari rezeki dan ada juga yang menjaga anak.
so terpikir la pasal plan hidup sendiri.
so this is my plan


eh, salah plan..

mula-mula kene habiskan belajar dulu la.
tapi yang no 4 tu aku teringin sangat-sangat nak buat.
melancong ke luar negara,
melawat negara orang, budaya orang
tengok pelbagai ragam manusia
serta keindahan ciptaan tuhan.
mungkin satu hari nanti.
pabila datang rezeki.

apa yang penting:
kita hanya mampu merancang
tuhan yang tentukan.

tooodles!


Friday 23 November 2012

Cendawan di Alor Gajah melaka!

Sudah dua bulan tiada pekerjaan.

Hanya temuduga.

kebanyakkan pekerjaan memerlukan pegalaman.

how am i going to get pengalaman kalau tidak diberikan peluang?

oleh kerana orang tak nak bagi kerja, kita buat kerja sendiri.

yes! tempat cendawan telah siap.
mula dengan modal kecil dulu.
slow and steady.
cukup untuk dijual di sekitar kelemak.

so sesiapa nak cendawan segar sila emel saya 
naj896@yahoo.com!

haha..giler betul.
orang nak order cendawan guna emel.
baru jual disekitar ni.
baru seminggu
harap-harap berjaya projek ini..
demand tinggi untuk cendawan segar ni.
baru petik pagi terus habis..
demand tinggi tapi stoknya masih lagi kurang..

kita berusaha lagi selepas ini.

wish me luck!

Tuesday 6 November 2012

Masak Guna Arang

sejuk-sejuk disebabkan musim hujan ini memaksa otak memikirkan makanan..

bila teringat makanan mule la ligat mencari dapur untuk masak apa yang ada...
sekarang semua menggunakan dapur gas.
mungkin ade beberapa kerat masih menggunakan dapur kayu or guna arang.



dapur gas yang bunyi ketap2
kata mak masak guna arang lagi sedap dari guna dapur gas ni..
Masak air pun sedap kalau guna arang..
mak ni, cakap aje..cuba la try masak air guna arang, nak jugak rasa..
masak air guna dapur gas pun dah tak buat..inikan arang nak tunggu berjam..haha
kat sini boleh lawan mak, cuma kena pastikan mak tak baca.
kalau tak aksi lari mak kejar cekak pinggang sinsing lengan akan bermula

ha..buat orang bandar yang tak tahu, atau orang kampung yang tak ambil tahu, dulu-dulu masak air macam dibawah ni la

sumber: google


kenapa topik ini jadi perbualan pada hari ini.
bulan lepas nasib tetiba baik pulak menang LIKE kat Fb tu...
orang yang like ke-50 page ni


dapat burger free satu!
yeay! buat pertama kali nya aku makan burger bakar dapat free!
seperti yang anda ketahui sekarang fenomena burger bakar berleluasa.
Aku dah lama teringin makan..
serius kecur lidah lagi-lagi time sejuk ni.
yang menariknya burger bakar ni dibakar guna arang!
ya tepat sekali! Arang yang diceritakan di atas..
serius sedap
sesetengah orang yang makan kat situ cakap A+ rasa dia.

So ini review kenapa dia sedap bagi pendapat aku:
1. sebab dia ada rasa hangit2 arang kot
2. sebab dia masak guna olive oil. (berkhasiat! mungkin tu sebab dia mahal sikit kot.haha..lantak, dapat free)
3. Adunan daging yang sedap (fresh! untuk hari tu, buat time tu)
4. Campuran sos yang kene dengan lidah
5. Ada nenas skali..haha..comel je..nenas tu terselit

tu je la..yang kagum nya orang sanggup tunggu lama untuk burger ni.. 45minit beb, ingat senang ke guna arang..
nak benda sedap and berkualiti takes time.
kalau nak laggi power korang pergi cakap dekat abang buat burger tu, daging potong dua bang, garing2..terus dapat dua daging..
besar kot nak makan satu..
lainlah adik lelaki aku, burger mcd tu dalam 3 suapan selesai.
mulut gajah hape.



besar kan? besar kan? 

harga satu dalam 8-9 ringgit
lagi tinggi lagi mahal
aku tak paham camne dieorang makan burger tinggi-tinggi..makan satu2 kot.
yang kecik pun serius dah kenyang.
ada daging udang! yang ni aku tak rasa lagi..
tunggu aku rasa, kenyit mata kat abang burger 
selepas tu aku buat review.

eh, lupa nak bagitahu, sape like yang ke-200, ke-300 ke ape2 ratus la sampai dieorang tak larat nak buat
dapat free satu burger
ikut mood dieorang nak bagi burger apa.
HAha.
cepat like page fb ni




kalau aku promote ni tak dapat free ka?





Monday 5 November 2012

nilai duit sepuluh sen.


nilai duit seposen..
bagi kebanyakkan orang duit sepuluh sen ini tak bernilai...gula-gula pun dah mahal skrang,
bila menyapu tu terjumpa duit sepuluh alamak malasnya nak angkat.
kadang terselit di celah-celah sofa, di tepi- tepi almari..
aku tak tahu apa nilai duit sepuluh sen, sekeping besi yang tidak berharga sampai lah pada suatu hari..
di pagi yang hening, di sebuah sekolah di celah-celah antara permodenan dan kemunduran..

pada waktu rehat.
kelihatan dua orang pelajar lelaki membeli juadah untuk dimakan..seorang daripadanya ingin membeli kuih.. 
dilihatnya pada mata rakannya, "kenapa?" tanya rakannya pantas. "tak cukup sepuluh sen, nak beli dua kuih" terangnya. jawab kawannya, "apa kata kau tengok-tengok kat lantai, mana tahu ada orang tercicir" tertinjau-tinjau mereka mencari di lantai. Tiada. Hampa.
Terpaksa bertahan dengan sebiji kuih.

kadang-kadang bila aku terasa susah aku suka cerita begini, buat diri rasa bersyukur. Itu belum pelajar yang berbekal kan hanya air masak, duduk di dalam kelas bertahan lapar melihat rakan-rakan menjamu selera pada waktu rehat.
Pelik.
kenapa wujud situasi begini? bukankah Malaysia negara makmur? yang orang asing kata sebagai lombong emas, tempat yang bagus untuk mencari rezeki. tetapi kenapa masih ada orang yang terpaksa berlapar, terpaksa merempat di tepi jalan..mengharapkan ihsan?

pada waktu malam di stesen bas di bandar kuala lumpur, kita duduk menunggu sebuah kereta membawa kita pulang, seorang pak cik tiba di sebelah lalu duduk, ingat mahu ttunggu sama-sama untuk pulang ke rumah tetapi pak cik tersebut mengeluarkan surat khabar, menyusun satu persatu di tepi tempat duduknya, untuk dibuat alas tidurnya.
Sedih.
kita tidur atas tilam empuk dirumah, berselimut, ada yang beraircond, tetapi beliau hanya beralaskan surat khabar.
masjid-masjid ditutup untuk orang sebegini sebab takut disalah guna, takut dia mandi dalam tu, berak dalam tu, tiada siapa nak kemas.
masjid berjuta-juta, nanti kalau tak tutup habis barang didalamnya dikebas orang..
atas sikap sesetengah individu yang hanya mementingkan diri sendiri.

kerajaan dah berusaha memberi macam-macam bantuan, mungkin kadang kala kita perlu bangkit sendiri,
tanpa perlu berharap pada orang lain.

daripada bergaduh bermusuhan mengenai perkara remeh temeh, siapa salah siapa betul lebih baik kita tumpukan cara-cara nak mengelakkan situasi ini berlaku.
nak memajukan ekonomi. 
peringatan pada diri sendiri juga.
bak kata Tun Mahathir melayu kan mudah lupa.

just sharing my 2 cents

=)