Tuesday 6 November 2012

Masak Guna Arang

sejuk-sejuk disebabkan musim hujan ini memaksa otak memikirkan makanan..

bila teringat makanan mule la ligat mencari dapur untuk masak apa yang ada...
sekarang semua menggunakan dapur gas.
mungkin ade beberapa kerat masih menggunakan dapur kayu or guna arang.



dapur gas yang bunyi ketap2
kata mak masak guna arang lagi sedap dari guna dapur gas ni..
Masak air pun sedap kalau guna arang..
mak ni, cakap aje..cuba la try masak air guna arang, nak jugak rasa..
masak air guna dapur gas pun dah tak buat..inikan arang nak tunggu berjam..haha
kat sini boleh lawan mak, cuma kena pastikan mak tak baca.
kalau tak aksi lari mak kejar cekak pinggang sinsing lengan akan bermula

ha..buat orang bandar yang tak tahu, atau orang kampung yang tak ambil tahu, dulu-dulu masak air macam dibawah ni la

sumber: google


kenapa topik ini jadi perbualan pada hari ini.
bulan lepas nasib tetiba baik pulak menang LIKE kat Fb tu...
orang yang like ke-50 page ni


dapat burger free satu!
yeay! buat pertama kali nya aku makan burger bakar dapat free!
seperti yang anda ketahui sekarang fenomena burger bakar berleluasa.
Aku dah lama teringin makan..
serius kecur lidah lagi-lagi time sejuk ni.
yang menariknya burger bakar ni dibakar guna arang!
ya tepat sekali! Arang yang diceritakan di atas..
serius sedap
sesetengah orang yang makan kat situ cakap A+ rasa dia.

So ini review kenapa dia sedap bagi pendapat aku:
1. sebab dia ada rasa hangit2 arang kot
2. sebab dia masak guna olive oil. (berkhasiat! mungkin tu sebab dia mahal sikit kot.haha..lantak, dapat free)
3. Adunan daging yang sedap (fresh! untuk hari tu, buat time tu)
4. Campuran sos yang kene dengan lidah
5. Ada nenas skali..haha..comel je..nenas tu terselit

tu je la..yang kagum nya orang sanggup tunggu lama untuk burger ni.. 45minit beb, ingat senang ke guna arang..
nak benda sedap and berkualiti takes time.
kalau nak laggi power korang pergi cakap dekat abang buat burger tu, daging potong dua bang, garing2..terus dapat dua daging..
besar kot nak makan satu..
lainlah adik lelaki aku, burger mcd tu dalam 3 suapan selesai.
mulut gajah hape.



besar kan? besar kan? 

harga satu dalam 8-9 ringgit
lagi tinggi lagi mahal
aku tak paham camne dieorang makan burger tinggi-tinggi..makan satu2 kot.
yang kecik pun serius dah kenyang.
ada daging udang! yang ni aku tak rasa lagi..
tunggu aku rasa, kenyit mata kat abang burger 
selepas tu aku buat review.

eh, lupa nak bagitahu, sape like yang ke-200, ke-300 ke ape2 ratus la sampai dieorang tak larat nak buat
dapat free satu burger
ikut mood dieorang nak bagi burger apa.
HAha.
cepat like page fb ni




kalau aku promote ni tak dapat free ka?





No comments:

Post a Comment