Monday 5 November 2012

nilai duit sepuluh sen.


nilai duit seposen..
bagi kebanyakkan orang duit sepuluh sen ini tak bernilai...gula-gula pun dah mahal skrang,
bila menyapu tu terjumpa duit sepuluh alamak malasnya nak angkat.
kadang terselit di celah-celah sofa, di tepi- tepi almari..
aku tak tahu apa nilai duit sepuluh sen, sekeping besi yang tidak berharga sampai lah pada suatu hari..
di pagi yang hening, di sebuah sekolah di celah-celah antara permodenan dan kemunduran..

pada waktu rehat.
kelihatan dua orang pelajar lelaki membeli juadah untuk dimakan..seorang daripadanya ingin membeli kuih.. 
dilihatnya pada mata rakannya, "kenapa?" tanya rakannya pantas. "tak cukup sepuluh sen, nak beli dua kuih" terangnya. jawab kawannya, "apa kata kau tengok-tengok kat lantai, mana tahu ada orang tercicir" tertinjau-tinjau mereka mencari di lantai. Tiada. Hampa.
Terpaksa bertahan dengan sebiji kuih.

kadang-kadang bila aku terasa susah aku suka cerita begini, buat diri rasa bersyukur. Itu belum pelajar yang berbekal kan hanya air masak, duduk di dalam kelas bertahan lapar melihat rakan-rakan menjamu selera pada waktu rehat.
Pelik.
kenapa wujud situasi begini? bukankah Malaysia negara makmur? yang orang asing kata sebagai lombong emas, tempat yang bagus untuk mencari rezeki. tetapi kenapa masih ada orang yang terpaksa berlapar, terpaksa merempat di tepi jalan..mengharapkan ihsan?

pada waktu malam di stesen bas di bandar kuala lumpur, kita duduk menunggu sebuah kereta membawa kita pulang, seorang pak cik tiba di sebelah lalu duduk, ingat mahu ttunggu sama-sama untuk pulang ke rumah tetapi pak cik tersebut mengeluarkan surat khabar, menyusun satu persatu di tepi tempat duduknya, untuk dibuat alas tidurnya.
Sedih.
kita tidur atas tilam empuk dirumah, berselimut, ada yang beraircond, tetapi beliau hanya beralaskan surat khabar.
masjid-masjid ditutup untuk orang sebegini sebab takut disalah guna, takut dia mandi dalam tu, berak dalam tu, tiada siapa nak kemas.
masjid berjuta-juta, nanti kalau tak tutup habis barang didalamnya dikebas orang..
atas sikap sesetengah individu yang hanya mementingkan diri sendiri.

kerajaan dah berusaha memberi macam-macam bantuan, mungkin kadang kala kita perlu bangkit sendiri,
tanpa perlu berharap pada orang lain.

daripada bergaduh bermusuhan mengenai perkara remeh temeh, siapa salah siapa betul lebih baik kita tumpukan cara-cara nak mengelakkan situasi ini berlaku.
nak memajukan ekonomi. 
peringatan pada diri sendiri juga.
bak kata Tun Mahathir melayu kan mudah lupa.

just sharing my 2 cents

=)


No comments:

Post a Comment