Sunday 30 September 2012

Resepi Ayam Kicap Blackpepper Simple


Bahan-bahan

Ayam 4 ketul atau cincang sesuka hati
bawang merah 2 biji
bawang putih 4-5 biji (tak ingat letak berapa hari tu 4 atau 5 lebih kurang)
bawang besar (masuk kemudian)
halia (sedikit sahaja-hari tu ambik 3 hirisan)
kentang (digoreng terlebih dahulu)
lada hitam
kicap
sos tiram
tepung gandum 2 sudu (campur bersama air suam)
garam secukup rasa
kunyit ( 1 sudu teh kecil)


Cara-cara
1. perap ayam dengan garam, lada htam, bawang putih 3 biji(tumbuk), serta sedikit kunyit digaul bersama-sama), biarkan didalam peti ais orang kata semalaman lg bagus
2. goreng kentang 
3. goreng ayam yang telah diperap.
4. tumis bawang merah, bawang putih serta halia yang telah ditumbuk
5. masukkan kicap, serta sedikit sos tiram
6. maskkan air tepung, kacau sebati.
7. masukkan lada hitam secukup rasa
8.masukkan ayam yang telah siap digoreng
9.masukkan kentang
10. tunggu sehingga didih..
11. masukkan bawang yang telaha dihiris besar, biarkan seketika, tutp api..
siap dah!

tak sempat nak goreng sayur dah habis mak dan adik makan.
okey tak habisla..tinggal due ketul untuk ku.







Wednesday 26 September 2012

sampaikan pesanan

Angin,
Sampaikan pesanan dariku
katakan padanya aku menunggu,
katakan padanya terhentinya waktu,
katakan aku rindu..

Angin,
jangan biarkan laut bergelora.
agar dia selamat tiba.
juga selamat pulang seadanya.
aku tunggu kepulangannya.

Bintang,
kerdipkan cahaya,
terangi jalannya.
Aku nak dia gembira.


Bulan,
cerahkan sinarmu
katakan padanya kita lihat bulan yang sama.
katakan aku sentiasa ingat untuk doakannya.
sesungguhnya rindu itu mengajar erti kesabaran.


8.39 p.m Putrajaya-Palembang



Friday 21 September 2012

Resipi Puding Pic

Resepi yang bolh digunakan untuk open house

nak jamu tetamu dessert simple atau nak bagi anak-anak makan.



Bahan-Bahan:

Agar-Agar (kalau nak lembut tak payah letak banyak sangat)

Setin Buah Pic (air dia simpan)
Nata de coco (separuh pun boleh, nak letak banyak pun boleh)
Setin Susu Cair
Tepung Kastard (2-3 sudu cairkan)
Gula (sedikit)



Cara-Cara:
1. Cairkan  Agar-agar atas api
2. Letak setin susu cair 
3. Masukkan tepung kastard, kacau sehingga sebati.
4. Letak gula secukup rasa. kacau. tak perlu banyak sebab air pic nanti dah ada.
5. dah cantik teksturnya masukkan buah pic setin dan nata de coco.
6. Masukkan dalam bekas
7. Biarkkan sejuk.
8. Sedia untuk dihidang


Sila cuba. 




Wednesday 19 September 2012

resipi cekodok keju

Pagii yang dingin membuat ku merasakan ingin 
makan sesuatu yang gebu serta panas.
terpikir nak makan roti cheese dekat mamak
tetapi kemalasan melanda menyebabkan diri terperuk di dapur.
sedang berfikir untuk masak apa pagi ini 
terilham satu idea untuk mencuba resipi baru.
tak da orang nak makan, aku sorang je di rumah dengan itu dengan beraninya mencuba resipi baru
iaitu resipi cekodok keju
atau dalam bahasa inggerisnya
cekodok apa ek dalam english?
pancake kot'
jadilah cheese pancake.

haha



sarapan yang mudah ini boleh dimakan di pagi hari atau dibekalkan anak ke sekolah.

Bahan-Bahan: 
tepung gandum 3 cawan
Susu segar separuh cawan kecil
1 biji telur
Air suam 2 cawan kecil
Keju singles 2 keping dicarik-carik (nak lebih pun takpe) 
Keju Parmmesan ditabur 2 sudu kecil
Prego Keju &  Herba ( 2 sudu besar)
sedikit garam



letak ini ikut kesesuuaian.


Cara-cara:
Campur tepung, kemudian letak susu, telur dan keju.
Letak air sehingga likat, 
campur garam
Campur  prego di atas, tabur parmesan..
Goreng macam cekodok biasa.

Nak try lain-liin bentuk pun boleh aja!

So jadi la  Perfect italiano!

Sila cuba resipi sarapan mudah ini.

Sekian terima kasih!


Koleksi Duit Syiling Negara Asing

perihal hobi,
sesetengah orang mempunyai hobi mengumpul setem,
mengumpul barang-barang antik dan sebagainya.
hobi aku pula, mengumpul duit
haha.

duit dari negara-negara asing
duit-duit ni aku kumpul sebab menarik.


ini duit negara jiran indonesia.
duit negara asing iaitu rupiah



ini pula duit negara asing dari turki
die guna Lira


duit syiling dari turki

duit syiling dari thai


duit syiling indonesia.
it doesn't worth much
tapi nak kumpul jugak!


Duit Syilng singapore tahun 1970



Sesetengah orang kumpul duit lama, cantik-cantik koleksi kalau tengok dekat blog dan Fb.
Sesetengah orang beli dan jual koleksii duit-duit ini macam barang antik.

the moral is:

Hobbi memerlukan duit.




Tuesday 18 September 2012

Menjual buku Terpakai


Buku is knowledge

Knowledge is suppose to be share right?

Disini saya ingin menjual buku-buku terpakai yang diguna semasa belajar dahulu.

buku-buku ini berada dalam keadaan baik.

di sini beberapa buku yang saya ada.


Biochemistry byDonal Voet/ Judith G. Voet
Fourth Edition
belum setahun pakai 
sesuai untuk pelajar yang mengambil biochemistry @ Biochem
berkulit tebal, masih dalam keadaan baik
dipenuhi gambar, mudah difahami
mukasurat: 1428
buku terpakai ini dijual dengan harga: RM55




ini adalah buku terpakai human resource management twelfth edition by Gary Dessler
sesuai untuk pelajar jurusan bisness/perniagaan
mukasurat 784

buku ini sudah hampir dua tahun

buku terpakai ini dijual dengan harga yang murah: 
Rm15

You can be positive, confident, and courageous
by Aaron Lumpkin
buku ini disyorkan kepada orang yang nak tingkatkan semangat!
dipenuhi dengan pelbagai tips-tips serta coontoh-contoh
yang dapat kita contohi dalam kehidupan
yang baik boleh diambil
mukasurat: 212

buku terpakai murah ini dijual : Rm10




Buku untuk kurus dengan cepat! Harga murah!
Kulit tebal! Dipenuhi resepi-resipi khusus untuk orang yang mengamalkan healthy lifestyle!
Sihat itu penting
mukasurat: 317
harga: rm7



buku Nanny Mcphee  by emma thompson sesuai untuk yang mahu memantapkan bahasa inggeris.
jalan cerita dengan english yang mudah sesuai untuk kanak-kanak serta remaja.
mukasurat: 297

harga buku kanak-kanak murah ini:
rm10




sesiapa yang berminat boleh emel kan ke
haninajmi89@gmail.com
atau
naj896@yahoo.com


terima kasih!

Go for it!


I love this quote.

it makes your spirit run high!

Minggu ni ujian test JPJ for driving license.
masalahnya dengan kereta aku kerap cepat panik.
apabila sudah panik terus lupa gear mana, apa perlu buat, nak tekan clutch.
haish!

berdoa semua berjalan lancar.
malas nak ambik driving license sebenarnya sebab malas nak drive, malas nak pikir nak beli kereta, nak isi minyak, dah la harga minyak asik ke atas jah.

marilah kita ambil lesen demi masa depan,
mana thu ada hal emergency.
takkan la nak mengharapkan laki, atau ayah atau abang je nak drive.

we must be strong!


i love a man yang tahu kung fu or silat.
haha.
macho bangat!

peace! 




Sunday 16 September 2012

Pavlova


Pertama kali kau tiba dilidah,
bermesra dengan bibir aku telh jatuh cinta..

kelembutanmu memikat hati,
tekstur mu yang cantik membuat aku trpesona,
tidak berhenti menjamahmu.

kaulah yang dinamakan pavlova.

kerna oven masih tidak berfungsi dengan sempurna tak dapat la buat pavlova.
pavlova adalah sejenis desserts berasal dari new zealand.
Namanya diambil sempena nama seorang penari kalau tak silap.
Banyak dimakan oleh orang Australia serta New Zealand.
bawah dia keras  dalam kelembutan di tengah..
diperbuat daari putih telur yang dipukul hingga kembang serta whipped cream

Dish meringue based ni sedap dimakan dengan buah-buah sejjuk.
Susah aku nak dapat pavlova di restoran-restoran di luar.
pernah cuba di kedai delicious tetapi keras  serta terlalu manis.
buat sendiri paling sedap
first time rasa bila kawan roomat bawak home made..
pergh, jatuh cinta rasa pertama!


sabar pavlova.
aku kumpul duit beli oven!

gaambar sumber dari sepupu yang bukak bakery

Saturday 15 September 2012

SyawaL

Syawal,

Hadirmu meninggalkan bulan puasa,
Kau hadir bersama pelita,
Diiringi bunyi mercun gelak gempita,
Kini kau hampir pergi begitu sahaja.

The Syawal Story, 
Syawal datang lagi, semua bergembira atau buat-buat gembira bergurau senda, kenangan pahit diitinggalkan di pintu rumah, berjumpa saudara bergurau bersama. Aku tahu perasaan syawal. Perasaan bila dengar takbir pagi-pagi. perasaan sayu di hati. Syawal hampir pergi dah tu kenapa bercerita. Buat kanak-kanak syawal masa yang sungguh gembira, boleh kumpul duit, makan pelbagai juadah, buat orang tua syawal juga membawa perasaan gembira kerna anak2 pulang ke desa. Buat aku, syawal sudah hilang serinya. mungkin kerana sudah tiada atuk nenda. tidak sama macam dulu.kehilangan terasa.

tahun depan? syawal juga mungkin tidak sama, mana tahu,mungkin dapat nenda baru..haha.. bulan september bulan ramai mengikat tali bahagia, bulan yang ku memenuhi jemputan pertunangan, perkahwinan. Aku letih bila orang tanya bila pula aku? berkenalannya sudah lama, tarikhnya tiada..jawapannya, doakan yang terbaik. Amin. Mungkin aku belum habis berbakti kepada orang tua. Kata seseorang, perkahwinan bukan hanya untuk seronok, perkahwinan sebuah tanggungjawab. Bila orang nasihatkan begitu mungkin dia rasa kita belum cukup bertanggungjawab lagi untuk pikul beban seorang isteri. mungkin. hanya sebuah pendapat. Allah tahu yang mana yang terbaek. baruu pos kedua dah cerita pasal benda ni? why? banyak lagi cerita yang boleh dicerita seperti nama-nama menteri, bunga kebangsaan malaysia, rukunegara..bukankah?


.The Syawal Sweetness.







Friday 14 September 2012

The End.

Selamat datang ke pengalaman berblogging, pengalaman menjadi seorang blogger. kadang-kadang blogger ini aku rasa seperti tiada kehidupan, bercinta dengan laptop, cerita pasal diri sendiri. that is why aku end aku punya blog lama. kemudian datang la the famous quote the end is the new beginning. Apa sebab aku tamatkan riwayat blog lama aku? biarlah cerita itu aku pendam sendiri. HaHa. tidak aku bosan bercerita pasal diri sendiri, aku rasa tak matang, aku rasa lawak semua nak cerita dekat blog contohnya bila aku marah, bila aku mabuk, bila aku bergaduh. Tetapi aku minat menulis, okey bukan kalau dalam komputer dikatakan aku minat menaip. aku minat bercerita tetapi aku tak berani lagi untuk menunjukkan bakat. I want to fly but i'm afraid i  would fall..but if i don't try then what would I be?

Thank you for reading. This is a thought of a mere human. Mana Tahu cerita aku boleh jadi inspirasi kepada orang lain, boleh membantu orang lain serta diri aku sendiri. 


The end is just the beginning, and this is my story.