Wednesday 19 September 2012

resipi cekodok keju

Pagii yang dingin membuat ku merasakan ingin 
makan sesuatu yang gebu serta panas.
terpikir nak makan roti cheese dekat mamak
tetapi kemalasan melanda menyebabkan diri terperuk di dapur.
sedang berfikir untuk masak apa pagi ini 
terilham satu idea untuk mencuba resipi baru.
tak da orang nak makan, aku sorang je di rumah dengan itu dengan beraninya mencuba resipi baru
iaitu resipi cekodok keju
atau dalam bahasa inggerisnya
cekodok apa ek dalam english?
pancake kot'
jadilah cheese pancake.

haha



sarapan yang mudah ini boleh dimakan di pagi hari atau dibekalkan anak ke sekolah.

Bahan-Bahan: 
tepung gandum 3 cawan
Susu segar separuh cawan kecil
1 biji telur
Air suam 2 cawan kecil
Keju singles 2 keping dicarik-carik (nak lebih pun takpe) 
Keju Parmmesan ditabur 2 sudu kecil
Prego Keju &  Herba ( 2 sudu besar)
sedikit garam



letak ini ikut kesesuuaian.


Cara-cara:
Campur tepung, kemudian letak susu, telur dan keju.
Letak air sehingga likat, 
campur garam
Campur  prego di atas, tabur parmesan..
Goreng macam cekodok biasa.

Nak try lain-liin bentuk pun boleh aja!

So jadi la  Perfect italiano!

Sila cuba resipi sarapan mudah ini.

Sekian terima kasih!


No comments:

Post a Comment