Sunday 30 September 2012

Resepi Ayam Kicap Blackpepper Simple


Bahan-bahan

Ayam 4 ketul atau cincang sesuka hati
bawang merah 2 biji
bawang putih 4-5 biji (tak ingat letak berapa hari tu 4 atau 5 lebih kurang)
bawang besar (masuk kemudian)
halia (sedikit sahaja-hari tu ambik 3 hirisan)
kentang (digoreng terlebih dahulu)
lada hitam
kicap
sos tiram
tepung gandum 2 sudu (campur bersama air suam)
garam secukup rasa
kunyit ( 1 sudu teh kecil)


Cara-cara
1. perap ayam dengan garam, lada htam, bawang putih 3 biji(tumbuk), serta sedikit kunyit digaul bersama-sama), biarkan didalam peti ais orang kata semalaman lg bagus
2. goreng kentang 
3. goreng ayam yang telah diperap.
4. tumis bawang merah, bawang putih serta halia yang telah ditumbuk
5. masukkan kicap, serta sedikit sos tiram
6. maskkan air tepung, kacau sebati.
7. masukkan lada hitam secukup rasa
8.masukkan ayam yang telah siap digoreng
9.masukkan kentang
10. tunggu sehingga didih..
11. masukkan bawang yang telaha dihiris besar, biarkan seketika, tutp api..
siap dah!

tak sempat nak goreng sayur dah habis mak dan adik makan.
okey tak habisla..tinggal due ketul untuk ku.







No comments:

Post a Comment